#Roads & Transport
Target:
JPJ, Kementerian Pengangkutan, SPAD, Puspakom
Region:
Malaysia

Kebelakangan ini, insiden kemalangan melibatkan kenderaan berat semakin berleluasa terutamanya di lebuhraya. Di antara punca utama yang menyebabkan berlakunya kemalangan tersebut adalah kenderaan yang tidak diselengarakan dengan sempurna. Antara kemalangan-kemalangan terbaru yang melibatkan kenderaan berat adalah seperti berikut:

1. Awal tahun 2015, tujuh nyawa melayang di kilometer 326.3 lebuhraya PLUS apabila bas yg dinaiki cuba mengelak tayar lori yang tertanggal di tengah jalanraya.

2. Satu insiden di mana, sebuah kereta melanggar gelung besi yang terjatuh dari sebuah lori di Lebuhraya Pantai Timur.

3. Empat rentung manakala dua lagi cedera selepas kenderaan yang dinaiki mereka terbakar dalam kemalangan membabitkan sebuah lori dan kereta di Hulu Terengganu

4. Seorang pemandu van maut apabila kenderaan dipandunya terbabit dalam kemalangan dengan lori treler di Kilometer 194.4 Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan.

Oleh itu, pihak penguatkuasa khususnya Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan juga PUSPAKOM harus mengambil langkah drastik bagi mengawal kenderaan-kenderan merbahaya ini. Muatan berlebihan, penggunaan tayar celup dan barang yang tidak diikat kemas juga merupakan perkara-perkara yang merbahaya bukan sahaja pada pemandu lori, malah pada pengguna jalanraya yang lain. Dengan itu, kami menyeru semua rakyat Malaysia agar menandatangani petisyen ini agar penguatkuasaan ke atas kenderaan berat dapat dilipatgandakan.

Awal tahun ini, tujuh nyawa melayang di kilometer 326.3 lebuhraya PLUS apabila bas yg dinaiki cuba mengelak tayar lori yang tertanggal di tengah jalanraya.

Selepas itu, pelbagai insiden yang sama melibatkan kenderaan berat berlaku sepanjang enam bulan pertama tahun ini seperti satu insiden di mana, sebuah kereta melanggar gelung besi yang terjatuh dari sebuah lori di Lebuhraya Pantai Timur.

GoPetition respects your privacy.

The Kenderaan Berat WAJIB DIPANTAU! petition to JPJ, Kementerian Pengangkutan, SPAD, Puspakom was written by Malaysians Say No To Heavy Vehicles! and is in the category Roads & Transport at GoPetition.