- Target:
- SPRM KKM
- Region:
- Malaysia
- Website:
- tayarceluphsr.home.blog
Pada 4/8/19 berlaku kemalangan maut melibatkan ambulans Hospital Slim River. Kemalangan berpunca daripada TAYAR CELUP yang pecah pada bahagian kanan belakang. Siasatan telah dijalankan. Tetapi beberapa pihak tetap menafikan bahawa punca kemalangan adalah disebabkan tayar celup yang pecah. Ada pihak cuba menyalahkan pemandu dan faktor jalan. Ternyata pemandu tidak dapat membela diri. Pemandu Hafidz meninggalkan isteri dan anak yang masih kecil. Manakala Puan Azizah meninggalkan suami dan anak yang tercinta. Adakah nasib mereka akan terbela? Ataukah hanya menjadi seperti kes Adib? Kes Altantuya? Kes Orang Asli? Adakah rakyat Malaysia akan terus berdiam diri?
Ini adalah kejadian ketiga dalam masa 8 bulan dan melibatkan dua kematian. Tapi tiada siasatan terhadap jual beli tayar celup yang ternyata tidak memenuhi spesifikasi yang ditetapkan.
Kami menyeru pihak SPRM untuk masuk dan menyiasat aktiviti rasuah di Hospital Slim River. Terutamanya melibatkan jual beli tayar celup.
You can further help this campaign by sponsoring it
The SPRM siasat isu tayar celup Ambulans Hospital Slim River petition to SPRM KKM was written by Sarah Shaikh and is in the category Justice at GoPetition.