#Animal Rights
Target:
Wildlife Division, MIPR, Minister of Industry and Primary Resources and the Attorney General
Region:
Brunei
Website:
1stopbrunei.com

Dalam Bahasa Melayu -

Khususnya, kami memohon kepada pihak Kerajaan untuk menguatkuasakan dan mengetatkan Undang-undang terutamanya Akta Perlindungan Binatang Liar 1974. Sehubungan dengan itu juga, penambahan jenis-jenis binatang liar yang terancam untuk dimasukkan ke dalam senarai binatang-binatang yang dilindungi di Negara Brunei Darussalam.

Tanah kerajaan Brunei sememangnya kaya dengan khazanah dan keunikannya tersendiri, namun ia semakin luntur disebabkan oleh masalah pemburuan dan penjualan binatang secara terlarang yang semakin meningkat dikalangan penduduk tempatan di negara ini. Ini termasuklah penjualan burung Helang, Kenyalang dan Kukang. Haiwan tersebut dijual dengan harga yang tinggi sama ada untuk kepentingan diri sendiri, atau dijadikan sebagai sumber makanan ataupun untuk "perubatan". Walaubagaimanapun, haiwan-haiwan ini telah pun disenaraikan sebagai binatang terpelihara dibawah Akta Perlindungan Binatang Liar sejak tahun 1974.

Selain daripada itu, hutan Brunei juga merupakan tempat tinggal haiwan liar yang lain seperti Tenggiling, Beruang dan Memerang. Haiwan-haiwan tersebut berstatus "Terancam" dibawah “IUCN Red List”, namun masih belum termasuk di dalam senarai binatang yang terpelihara di negara kita. Hutan Brunei yang hijau lagi luas amat sesuai untuk dijadikan tempat tinggal bagi haiwan-haiwan yang telah dinyatakan di atas. Oleh itu, adalah menjadi kegembiraan kami sekiranya mereka dicatatkan ke dalam senarai binatang yang terpelihara di negara ini.

Memang secara lazimnya ‘kejarangan’ untuk para penduduk melihat haiwan liar yang unik di kawasan Pulau Borneo terutamanya di negara-negara jiran. Andai perkara ini dibiarkan begitu sahaja apakah lagi yang akan disaksikan oleh anak cucu dan generasi kita yang akan datang? Adakah kita mahu haiwan liar yang hanya terdapat di negara kita ini tersembunyi dan tidak dikenal pasti lalu pupus begitu sahaja? Ataupun hanya dijadikan sebagai koleksi di dalam pameran ‘Haiwan Liar Yang Telah Pupus”? Sudah semestinya tidak!

Setiap organisma bergantung terhadap satu sama lain untuk meneruskan kehidupan mereka. Seluruh fauna adalah sangat penting untuk membentuk sebahagian ekosistem yang tertentu. Brunei akan menjadi sebuah rumah kepada spesies invasif sekiranya pembuangan fauna semakin meningkat, dan ini boleh menjejaskan proses ekosistem.

Justeru itu, kami berharap agar pihak abiskita akan memberi kerjasama dengan menandatangani Petisyen ini untuk dihadapkan kepada pihak-pihak yang berkuasa untuk mengubahsuai Akta Perlindungan Binatang Liar dengan secepat mungkin. Ini juga adalah untuk menghentikan pemburuan haram terhadap binatang-binatang liar. Disamping itu juga, kami berharap agar pihak berkenaan dapat mengambil perhatian sepenuhnya akan status haiwan liar yang lain di peringkat antarabangsa.

Ingatlah, kepupusan bermaksud tidak boleh di kembalikan seperti sediakala. Jadi marilah kita bersama-sama melindungi flora dan fauna negara kita yang amat berharga ini!

KES TERKINI - Dua ekor anak Beruang, seekor Kucing Hutan, Meragang, Musang, Kenyalang dan beberapa ekor Tenggiling, Kukang dan burung Helang telah pun dijual

In English-

In short, we are REQUESTING for more ENFORCEMENT and LAWS, and also more animals to be added to the National Protected List.

Brunei Darussalam, A Kingdom of Unexpected Treasures is increasingly becoming a Kingdom of No Treasures. This is due to the growing problem of poaching and selling of native wildlife across the country amongst our own people. There have been Eagles, Hornbills and Slow Lorises all for sale and this is only a small list of the different species being traded on social media and at local markets. A large amount of money is being made by selling these beautiful creatures either for captivity, personal gain or for consumption of the population as food or “medicine”. These animals stated above are however protected under the Wildlife Protection Act 1974.

Moreover, Brunei's forests is home to other wildlife which have an Endangered status under the IUCN Red List, such as the Sunda Pangolins, Malayan Sun Bear and Otters to name a few, but they are not listed in Brunei's Wildlife Protection Act 1974 yet. We would be delighted if these species and several others are also to be included into the National Protected List as Brunei might be the remaining country on Borneo Island acting as a safe haven for such wildlife with its abundant forest cover.

The opportunity to see these amazing birds and animals in the wild are quite rare in other parts of Borneo and we do not want Brunei to end up like that. What will be left for our children and future generation to see then? Do we want to be a country where the only place such animals will exists is in a cage at someone's house or in a framed photo in a museum under "Extinct Native Animals" Exhibition? Of course not!

Every living organism on this planet is dependent on others to survive. This entire fauna forms a vital part of the ecosystem. The removal of any one of them increases the likelihood of Brunei becoming a home to invasive species that will damage the ecosystem.

So, please sign this petition to have the appropriate authorities here in Brunei amend the Wildlife Protection Act as soon as possible in order to stop the poaching of wildlife before it is too late. We would also expect them to take notice of the international status of these animals in relation to their “at risk” status.

Remember, extinction cannot be undone! So please sign this petition and help protect our precious flora and fauna!"

RECENT CASES- TWO BEAR cubs on sale, a LEOPARD CAT, PANGOLINs,SLOW LORISES, RED LEAF MONKEY, HORNBILL, CIVET CAT, EAGLES.

FB- 1stopbrunei wildlife

IG- @wildlifeclub

#chrends

We, the undersigned, call on the relevant authorities to eliminate the sale of Brunei Darussalam's wildlife especially the endangered wildlife as well which are protected under CITES.

GoPetition respects your privacy.

The STOP POACHING in Brunei petition to Wildlife Division, MIPR, Minister of Industry and Primary Resources and the Attorney General was written by 1stopbrunei wildlife and is in the category Animal Rights at GoPetition.