#Government
Target:
Prime Minister of Malaysia
Region:
Malaysia

Kami sudah cukup rasa terhina ! Ditolak, diskriminasi adalah perkara biasa. Tapi kami masih disini mencari peluang yang tersisa. Pihak kerajaan dan majlis rakus mengenakan syarat dan banyak peluang tender dan peluang sedia ada diberikan kepada kroni atau syarikat yg berkebolehan sahaja. Bank tidak buka ruang. Pinjaman hanya pada yg berkelayakan sahaja. SME bank hanya ada pada nama. PUNB hanya boleh tulis yang indah sahaja. Tetapi apabila permohonan diajukan jawapan nya Mendukacitakan. Berapa banyak institusi perbankan atau badan yg telah dibangunkn oleh kerajaan untuk bantu bumiputera ? Banyak tetapi syaratnya melampaui dr bank. Siapa pandang kami ? ALONG sahaja yg boleh tolong. Alhirnya setiap kali pilihanraya kota ditaburi janji manis itu dan ini.

Kepada semua kakitangan kerajaan yang ingin BUAT DUIT SAMPINGAN ! Kami mencadangkan agar mereka semua berhenti berkerja dan ceburi bidang perniagaan seperti kami. Jangan duduk dikerusi empuk dan hanya melihat pada peluang didepan mata. Dan meletakkan syarat seperti komisyen dan mengharapkan sesuatu sebagai habuan.

YAB Datuk Seri ! Sampai bila kami akan diberi layanan sebegini. Kami perlu perubahan ! Bantu dan selamatkan kami !

Kami seperti bertandatangan ini memanggil semua badan dan organisasi BUMIPUTERA untuk BANGUN dan BERSATU agar penindasan ini di TAMAT kan serta merta. Dan agar pengusaha Bumi ini dapat berdaya saing di peringkat yg lebih jauh!

GoPetition respects your privacy.

The Support the young bumi enterprise and stop Gov / Council bullying us petition to Prime Minister of Malaysia was written by ahmad hazery and is in the category Government at GoPetition.