MENGECAM PEMINDAHAN DUTA AMERIKA KE BAITUL MAQDIS
- Target:
- Malaysia Priminister
- Region:
- Malaysia
Perpindahan rasmi Kedutaan Amerika Syarikat dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis merupakan suiz pemula kepada sengketa dan pertembungan dunia. Ianya berisiko memarakkan api fitnah yang menjurus ke kancah peperangan angkara penjajahan era baharu pentadbiran Donald Trump.
Lebih memalukan apabila dunia turut menzahirkan protes terbuka dari keengganan wakil-wakil negara untuk turut serta pada majlis tersebut. Ia telahpun didahului oleh konsensus negara-negara anggota PBB menolak pengiktirafan tersebut pada 22 Disember 2017.
Namun ternyata, Amerika meninggikan keegoannya dengan menjadi penaja dan pelindung rasmi kepentingan negara pengganas dunia Israel. Sekali gus ia menandakan pengisytiharan permusuhan terhadap umat Islam seluruhnya dengan merampas kota suci Islam itu.
Provokatif seperti ini hanya akan meletuskan ketegangan dan ketidakstabilan di rantau Asia Barat dan mengeruhkan kecamuk sedia ada.
Ini perlu dihentikan!
Kami, yang menandatangani petisyen ini menutut Amerika Syarikat menghormati tuntutan Usul PBB Disember 2017 yang menolak pengiktirafan Amerika Syarikat bahawa Baitul Maqdis sebagai ibu negara Israel.
You can further help this campaign by sponsoring it
The MENGECAM PEMINDAHAN DUTA AMERIKA KE BAITUL MAQDIS petition to Malaysia Priminister was written by Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia PAPISMA and is in the category Human Rights at GoPetition.